Arkib bagi Kategori ‘Internet Tip Trik’
Semua tentang Feedcount Chicklet
Feedcount Chicklet
Sebelum ini saya ada post tentang bagaimana melihat feedcount sebenar sesuatu website. Kali ini saya akan membicarakan tentang pelbagai trik dan tip yang lain untuk feedcount chicklet ini.
Sebelum itu, kepada sesiapa yang masih baru di dunia blog, anda boleh mendaftar di www.feedburner.com, dan ‘burn’kan feed anda di situ.
1.0 Cara mendaftar feedburner
1. Masuk www.feedburner.com
2. Masukkan URL blog anda. Feedburner akan mengesan feed yang terdapat di blog anda secara automatik.
3. Pilih feed sama ada atom atau rss. Saya sarankan rss. Kemudian klik Next.
4. Masukkan butiran peribadi dan ikut arahan seterusnya untuk mendaftar di feedburner.com.
2.0 Cara mengaktifkan feedcount chicklet
1. Setelah anda login ke akaun feedburner anda, pergi ke Tab Publicize -> Feedcount.
2. Pilih warna untuk feedcount anda. Warna background dan tulisan boleh ditentukan anda sendiri.
3. Anda juga boleh pilih sama ada mahu statik atau animate feedcount tersebut. Animate lebih menarik bagi saya.
4. Klik “Activate”. Anda akan diberi kod HTML untuk di letakkan di blog atau website anda.
5. Salin kod dan letakkan di blog anda.
3.0 Tukar perkataan di feedcount chicklet
Selain daripada perkataan ‘reader’ yang anda dapat lihat (seperti blog saya ini), anda juga boleh mengubah kepada perkataan yang anda suka.
Contohnya perkataan ‘pembaca’ seperti ini :
Perkataan lain juga boleh diolah seperti :
Rockerz @
Jiwang @
Setiawan @
K Readers @
4.0 Animasi berulang lebih daripada sekali.
Jika anda memilih untuk mengaktifkan feedcount jenis animate di ‘Cara mengaktifkan feedcount chicklet’ di atas, anda boleh melakukan animasi lebih daripada sekali. Cuma ubah angka di ‘anim=1′ kepada ‘anim=10′ atau apa-apa nombor yang anda suka. Contohnya:
Majulah Blog Untuk Ilmu.
PR6 untuk mywindowsxp.blogspot.com
PR itu bermaksud Page Rank. Dalam dunia internet ini, berdasarkan algoritma tertentu yang dikira oleh Google sendiri, Page Rank yang tinggi akan mudah dijumpai jika di’search’ di Google. Page Rank mempunyai ranking 1 hingga 10, oleh itu laman web saya itu adalah 6/10 sahaja. Mungkin betul, mungkin salah juga tafsiran sebegitu, tetapi itu cara mudah yang saya fahamlah.
Sesiapa yang mahu melihat Page Rank blog atau laman web anda boleh dihat di website Page Rank checker ini.
Tahniah kepada Cypherhackz.net juga berjaya mendapat PR3 kembali pada masa sekarang. Semoga meningkat kepada tahap tertinggi semula nanti.
Tinggalkan Komen
Komentar (7)