Arkib bagi Kategori ‘Muat Turun’
Cara kembalikan fail yang hilang (Recover)
Anda terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan “Recover”) adalah perisian yang saya akan sarankan kepada anda semua untuk mendapatkan semula fail (file, dalam bahasa inggeris) anda yang hilang.
Sama ada anda terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive anda, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal. Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk anda muat turun.
Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, anda perlu mengklik ikon di desktop anda dua kali untuk menjalankan program (run).
2. Selepas itu, anda pilih drive apa yang hendak di’recover’ atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive anda.
3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.
4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.
5. Lihat direktori tempat anda recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.
Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan pilih “Alternative Download”. [saiz 647kB].
Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.
OK, selamat mencuba.
Kawal komputer atau bercakap dengan rakan menggunakan Windows NetMeeting
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, dalam suatu network, anda boleh bercakap menggunakan mikrofon komputer dengan rakan anda pada tempat yang berlainan (macam audio conference).
Itu satu, kedua, anda juga boleh mengambil alih komputer rakan anda di sana. Mouse dan keyboardnya berada dalam kawalan dari tempat anda sendiri. Tidak perlu perisian tambahan jika komputer di hadapan anda dan rakan anda mempunyai sistem pengoperasian WindowsXp. (WindowsVista saya kurang pasti). Anda cuma perlu menggunakan Windows NetMeeting (yang telah sedia ada dalam sistem anda). Bagi yang tiada boleh memuat turun di sini.
Selain itu anda juga boleh berkongsi fail dengan rakan anda. Anda juga boleh menggunakan perisian paint seperti whiteboard untuk berkongsi buah fikiran jika anda bersidang dengan rakan anda.
Cara untuk aktifkannya mudah sahaja :
Cara nak menggunakannya pun mudah sahaja: Langkah-langkahnya : C : Berkongsi program (membolehkan anda mengawal komputer) D : Berchatting. E : Berkongsi whiteboard atau paint. F : Menghantar (atau menerima) fail. Selepas klik C, akan keluar satu window. Tandakan Desktop, klik Share. Kemudian klik ”Allow Control”. Kemudian pada skrin rakan anda akan terpapar desktop anda. Suruh beliau mengklik File -> Request Control. Kemudian, skrin anda akan terpapar sesuatu. Klik sahaja ”Allow”. Semoga berjaya mencuba.

Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen

