Arkib bagi Kategori ‘Perisian’
Cara kembalikan fail yang hilang (Recover)
Anda terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan “Recover”) adalah perisian yang saya akan sarankan kepada anda semua untuk mendapatkan semula fail (file, dalam bahasa inggeris) anda yang hilang.
Sama ada anda terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive anda, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal. Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk anda muat turun.
Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, anda perlu mengklik ikon di desktop anda dua kali untuk menjalankan program (run).
2. Selepas itu, anda pilih drive apa yang hendak di’recover’ atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive anda.
3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.
4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.
5. Lihat direktori tempat anda recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.
Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan pilih “Alternative Download”. [saiz 647kB].
Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.
OK, selamat mencuba.
Muat turun perisian Open Source yang setara perisian berlesen
Pembaca sekalian,
Selepas anda memformat OS, apakah perisian yang anda akan install? Rata-rata mesti memasukkan perisian asas seperti entri saya sebelum ini. Akan tetapi pernahkah anda terfikir untuk menggunakan perisian sumber terbuka?
Apa itu perisian sumber terbuka?
Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja. Takrifan perisian terbuka terdapat di sini.
Berikut ialah Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software atau OSS) yang setara dengan Microsoft yang anda pakai sekarang. Jika anda pengguna Ubuntu atau Linux mungkin anda lebih mengetahui dari saya. Penulis buku The Practical Manager’s Guide to Open Source, Maria Winslow ada menjelaskan tentang 7 kelebihan penggunaan perisian sumber terbuka ini.
Hanya klik untuk muat turun:
No Perisian Berlesen Perisian Sumber Terbuka (saiz) 1. Microsoft Office Open Office (120 MB) 2. Internet Explorer Mozilla Firefox (5.7 MB) 3. Borland C++ Bloodshed Dev-C++ (9 MB) 4. Instant Messenger Gaim @ Pidgin (10.8 MB) 5. Adobe Reader PDFCreator (15 MB) 6. Winzip/Winrar 7 Zip (840 kB) 7. Wordpad Abiword (5.16 MB) 8. Adobe Photoshop GIMP (14.5 MB) 9. [Terdapat banyak tambahan yang tidak dapat saya fikirkan sampai ketika ini. Sila komen untuk beritahu saya. Saya akan update nanti.] Install seperti biasa selepas memuat turun. Selamat menggunakan perisian sumber terbuka tersebut.
Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen


