‘Show Hidden Files and Folder’ rosak atau error

“Show Hidden Files and Folder”

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut.

Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)

Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada ‘checkedValue’. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci ‘CheckedValue’ dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula ‘Show Hidden Files and Folders’. Sepatutnya dah ok.

Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya

1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly’s corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.

Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.
Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq. :)

Penganggar PageRank – Lihat PR akan datang

Assalamualaikum,

Kepada para blogger dan webmaster semua, berapakah anggaran untuk PR website anda untuk circulation yang akan datang? Jika anda ingin melihatnya, anda boleh mencuba di PageRank Prediction di website iwebtool.com ini. Mungkin betul dan mungkin juga tidak, ia cuma tilikan sahaja dan kebarangkalian betul turut sama diberi dalam peratusan.

PR2 untuk www.mywindowsxp.info (Klik untuk besarkan)

Untuk website www.mywindowsxp.info ini, tilikan website tersebut menunjukkan ia mendapat cuma PR2 sahaja. Huhu.. Tidak mengapalah, mendaki sedikit demi sedikit. Jika dahulu mywindowsxp.blogspot mendapat PR6 walaupun masih baru. Amat terkejut juga saya mendapat berita itu. Terima kasih kepada Fauzi kerana memberitahu, dan sekarang Cypherhackz dianggar akan mendapat PR6 kalau tidak silap. Tahniah!

Pembaca sekalian, untuk pengetahuan yang masih tidak tahu, saya masih menggunakan hosting di blogger.com. Cuma domain sahaja saya redirect ke www.mywindowsxp.info. Anda juga boleh mencubanya dengan membaca artikel saya tersebut.

Dulu-dulu ingat kononnya hendak komersil la. Hehe. Tapi blogger.com pun ok apa untuk weblog. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang, saya akan terus menggunakan domain .info ini (mywindowsxp.com ngan mywindowsxp.net dah kena ambil.. huhu..).

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana masih setia hingga hari ini.. :)

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »