Ubuntu dalam Bahasa Melayu

Logo Rasmi Ubuntu

Pembaca yang dihormati,

Anda pernah dengar Linux? Anda tahu apa itu Ubuntu? Ubuntu adalah salah satu daripada Sistem Pengoperasian (OS) Linux. Apa pula beza Ubuntu dengan Microsoft Windows? Apa itu sumber terbuka? Susah atau tidak menggunakan Ubuntu ini? Sejauh mana perkembangan Ubuntu atau Linux ini pada masa akan datang?

Jika anda mempunyai pelbagai persoalan di atas dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu ini, anda boleh ke :

1.ubuntuforums.org
Forum terbesar Ubuntu di dunia (dalam Bahasa Inggeris). Sebarang masalah atau pertanyaan yang anda terfikir sekarang sudah pun ada jawapannya di sana.

2.ubuntu.com.my
Komuniti rasmi Ubuntu untuk komuniti di Malaysia. Forumnya yang sedang berkembang dari semasa ke semasa mempunyai pelbagai topik menarik seperti hardware, software, security, server, dan lain-lain lagi.

3.melayubuntu.blogspot.com
Weblog Bahasa Melayu yang sentiasa dikemaskini. Diolah dengan gaya bahasa yang mudah, puitis dan sedap dibaca, weblog ini menjadi pilihan saya. Terdapat banyak perkembangan tentang Ubuntu dan maklumat yang berguna yang akan membuatkan anda tertarik untuk mempraktikkannya.

4. Weblog-weblog Ubuntu dalam Bahasa Melayu lain yang sedang berkembang – www.ganux.com, www.iamnewbie.net, ubuntubm.wordpress.com, dan lain-lain lagi (tolong inform saya kalau ada tambahan ya).

Well, are U ‘buntu’? Not anymore..🙂

Cari-cari Web Hosting yang menarik

NS Lookup

Hai semua,

Malam semalam saya menghabiskan masa mencari webhosting yang best untuk weblog mywindowsxp.info nanti. Kalau boleh server Malaysialah. Ketika mencari dan mencari di Google search : ‘Malaysia Webhosting’, saya mendapat satu idea menarik. Apa kata kita tengok website orang lain pakai webhosting apa?

Begini caranya : Menggunakan servis Name Server Lookup di internet.
1. Cari di Google.com perkataan berikut : NS Lookup
2. Pilih satu servis. Saya memilih network-tools.com.
3. Taipkan nama weblog atau website dan lihat nameserver tersebut.
4. Search di internet webhosting tersebut untuk maklumat lanjut feature atau tawaran pakej mereka.

Antara yang saya lihat ialah :
1. cypherhackz.net menggunakan serverfreak.biz
2. bijakkomputer.com menggunakan internet-webhosting.com
3. hongkiat.com dan saifulislam.com menggunakan slicehost.net
4. saifulsham.com menggunakan easynet-interactive.com
5. taszara.com menggunakan 000webhost.com (server free.. menarik.)
dan beberapa website lain lagi.

Webhosting masing-masing mempunyai tawaran menarik tersendiri. Ada juga webhosting yang telah men’sponsor’ website tertentu di atas yang bertrafik tinggi. Bestnya.

Selepas fikir-fikir, bagi saya yang masih baru ini, mungkin saya akan mengambil server di Mercumaya.net sahaja kerana tawarannya saiz yang agak besar 5Gb (kalau tidak silap) dengan harga yang tidak mahal sangat (rm68/tahun). Tengoklah macam mana nanti.

OK.🙂