Cara nak membesar atau mengecilkan saiz sebarang gambar dengan mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Imej dari ke 2.63MB dikecilkan ke 42.8 kB ==>

Jika anda mempunyai gambar digital, sama ada gambar daripada handset ataupun kamera digital, anda mungkin mahu mengubah saiznya, mengecil atau membesarkannya. Dengan perisian khas dari Microsoft yang dinamakan PowerToys, pengubahan saiz sebarang gambar dapat dilakukan dengan mudah.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Muat turun perisian Image Resizer daripada website Windows.

1. Pergi ke Microsoft.com dan cari PowerToys atau klik sini.

2. Klik ImageResizer.exe pada ruangan bahagian kanan.
3. Apabila anda di’prompt’ untuk memuat turun fail tersebut pilih Save. Pilih lokasi dalam komputer anda.
4. Seterusnya biarkan perisian itu habis dimuat turun.


Langkah 2 : Menginstall aplikasi Image Resizer

1. Buka folder di mana anda simpan perisian yang dimuat turun tadi.
2. Seterusnya klik 2 kali untuk install.
3. Seterusnya klik “Next” sehingga anda berjumpa “Finish”.
4. Klik “Finish” untuk selesai install.

Langkah 3 : Besar atau kecilkan saiz gambar anda.


1. Buka mana-mana folder yang mengandungi gambar yang anda ingin mengubah saiz.
2. Tandakan imej tersebut, dan klik kanan. (Anda boleh menanda seberapa banyak imej sekaligus.)
3. Seterusnya, klik “Resize Pictures”.
4. Kemudian, satu window kecil memaparkan pilihan imej untuk diubah saiz.
5. Pilih saiz mengikut pilihan anda, sama ada kecil (resolusi 640 x 480) hingga besar (1024x 760).
6. Klik Ok.
7. Imej baru akan terhasil pada dalam folder yang sama.

Sekian, selamat mencuba!

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: