Cara mengintip pengguna Yahoo Messenger yang berstatus invisible

Salam hormat pembaca semua,

Ini adalah tip yang menarik sekali. Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk ‘melihat’ pengguna Yahoo Messenger yang meletakkan status sebagai invisible ini. Walau bagaimanapun, kadangkala berlaku juga kesilapan semasa ’pengintipan’ ini dilakukan. Abaikan semua itu, anda masih boleh mempelbagaikan cara seperti dibawah untuk mengintip. Ikuti panduan berikut :

Cara 1 : Menggunakan website www.xeeber.com


Cara ini adalah cara yang paling mudah sekali. Cuma taip sahaja Yahoo ID pengguna yang anda hendak intip, dan klik search. Seterusnya status pengguna tersebut akan diberitahu sama ada online, invisible dan lain-lin lagi. Jika jawapan yang diberikan adalah ralat (error), cuba sekali lagi kerana server mungkin sibuk.

Cara 2 : Menggunakan perisian BuddySpy


Untuk menggunakan cara ini, anda disarankan mempunyai akaun YM yang dummy, atau akaun YM yang lain. Anda boleh membuatnya nanti semasa menggunakan BuddySpy. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan akaun YM anda sendiri, cuma pada masa yang sama anda tidak boleh chatting.

Pertama sekali, anda mesti memuat turun perisian Buddy Spy di sini. Kemudian, Install perisian tersebut. [Install : Klik 2 kali pada program BuddySpySetup.exe à Next à Tandakan I Agree à Next à Next à Tandakan Create Desktop Icon à Install à Tandakan Launch Buddy Spy à Finish.]

Selepas itu, pada Tasks sebelah kiri, pilih Configure. (Jika anda ingin membuat akaun YM baru, klik ’Create a separate account’.) Masukkan Username dan Pssword YM anda. Kemudian masukkan Yahoo ID pengguna yang ingin anda lihat, dan klik scan. Status pengguna yahoo messenger tersebut akan diketahui sebentar sahaja. Buddy Spy juga boleh mengimbas jika pengguna tersebut ada menggunakan webcam dan juga memasuki group chatting.

Cara 3 : Menggunakan Invitation ke Conference atau Voice Chat

Cara ini adalah cara yang paling mudah dan cepat dilakukan. Semasa anda menggunakan YM, hanya klik kanan pengguna yang anda mahu, pilih ‘More action..’ seterusnya ‘Invite to conference’, dan masukkan semua nama yang anda mahu periksa. Siap. Anda cuma perlu tunggu. Jika terdapat sebarang respon, ia menunjukkan pengguna tersebut sedang online.

Selamat Mencuba..

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: