Kawal komputer atau bercakap dengan rakan menggunakan Windows NetMeeting


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, dalam suatu network, anda boleh bercakap menggunakan mikrofon komputer dengan rakan anda pada tempat yang berlainan (macam audio conference).

Itu satu, kedua, anda juga boleh mengambil alih komputer rakan anda di sana. Mouse dan keyboardnya berada dalam kawalan dari tempat anda sendiri. Tidak perlu perisian tambahan jika komputer di hadapan anda dan rakan anda mempunyai sistem pengoperasian WindowsXp. (WindowsVista saya kurang pasti). Anda cuma perlu menggunakan Windows NetMeeting (yang telah sedia ada dalam sistem anda). Bagi yang tiada boleh memuat turun di sini.

Selain itu anda juga boleh berkongsi fail dengan rakan anda. Anda juga boleh menggunakan perisian paint seperti whiteboard untuk berkongsi buah fikiran jika anda bersidang dengan rakan anda.

Cara untuk aktifkannya mudah sahaja :

  1. Klik Start -> Run..
  2. Taip conf dan klik open.
  3. Kemudian klik Next.
  4. Kemudian masukkan nama anda dan email sahaja (email tipu pun tidak mengapa).

Contoh :

  1. Untuk skrin seterusnya, jangan tandakan 2 option tersebut, cuma klik Next sahaja.

Contoh :

  1. Kemudian pilih Local Area Network dan klik Next.
  1. Next lagi.
  2. Pilih Recording atau Playback yang anda mahu. Jika tiada, biarkan sahaja. Klik Next.
  3. Klik Test pada volumn. Jika langkah sebelumnya tiada device, biarkan sahaja. Klik Next.
  4. Klik Finish.


Cara nak menggunakannya pun mudah sahaja:


Langkah-langkahnya :

  1. Klik Start -> Run.. -> conf (pada ruangan open).
  2. Taip IP rakan anda di ruangan sebelah ikon telefon itu untuk mendail komputer rakan anda. Rujuk huruf A pad rajah. Pastikan juga komputer rakan anda turut mengaktifkan NetMeeting ini.
  3. Nama rakan anda akan terpapar di B jika dia menerima panggilan anda dengn menekan ”Accept”.
  4. Kemudian klik sama ada untuk C, D, E, F.

C : Berkongsi program (membolehkan anda mengawal komputer)

D : Berchatting.

E : Berkongsi whiteboard atau paint.

F : Menghantar (atau menerima) fail.

  1. Untuk D,E,F, saya rasa tiada masalah. Tapi untuk C, sila baca berikut :

Selepas klik C, akan keluar satu window. Tandakan Desktop, klik Share. Kemudian klik ”Allow Control”. Kemudian pada skrin rakan anda akan terpapar desktop anda. Suruh beliau mengklik File -> Request Control.

Kemudian, skrin anda akan terpapar sesuatu. Klik sahaja ”Allow”.

  1. Siap.

Semoga berjaya mencuba.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: