Komputer terkena malware storageprotector.com

Malware yang menyerang komputer saya

Assalamualaikum,

Maaf pembaca sekalian kerana tidak sempat kemaskini entri sejak akhir-akhir ini. Ada sedikit masalah yang saya hadapi di sini. Yang terkompleks sekali mungkin disebabkan satu malicious ware (skrip yang jahat) yang menyerang komputer saya baru-baru ini.

Malware atau spyware ini mengeluarkan satu arahan palsu di taskbar saya seperti gambar di atas. Selain daripada itu, ia juga mengeluarkan ikon Windows Update di desktop saya yang jika diklik akan membawa saya ke laman web storageprotector.com.

Pada laman web tersebut, terdapat kononnya perisian untuk memulihkan virus itu. Jangan percaya, ini semua palsu belaka. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian jangan sesekali install perisian tersebut.šŸ™‚

Antara simptom yang dihadapi oleh komputer saya sekarang ialah :

1. Ikon bubble amaran di taskbar sering muncul (“A Critical error could occur”)
2. Komputer saya menjadi lembab (slow).
3. Processing CPU di Task Manager saya adalah 100% pada ketika tertentu.
4. Munculnya proses baru di task manager iaitu ‘windows’ (huruf kecil).

Fuh.. agak letih nak membasmi malware atau spyware tersebut. Macam kurang efektif pula. Saya dahulu pernah kena sebegini, tetapi dengan mudahnya menggunakan perisian smitrem. Sekarang macam tidak boleh pula.

Jadi, kalau worst comes to worst, mungkin terpaksa format dahulu windows xp saya itu.šŸ˜¦ Ok. Siapa ada jalan penyelesaian boleh juga beritahu saya. BTW, Hijackthis tidak jumpa proses malware itu.

Sekarang sedang menggunakan uBuntu untuk masuk internet. Hehe.. Sekian.

2 comments so far

  1. Coursemate on

    Ha3. It is better using Ubuntu than Windows. :p

  2. DeKaN on

    Aiyo.. Maybe, for some part.. well kita dah disuapkan dengan windows awal2, dah terbiasa. Kalo time sekolah dulu pakai ubuntu siap2, dh mantap dah kita skang kan..šŸ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: