Email palsu (hoax) – AOL dan Microsoft bergabung

Hoax – Bill gate is sharing his fortune. (klik untuk besarkan)

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya kerap mendapat email forward yang mempunyai kandungan yang sama seperti di atas. Antara kandungan tersebut menyatakan :

“Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will regret later. Microsoft and AOL are now the largest Inter…

Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and … “

Mula-mula nampak macam hebat. Tapi mesti anda tidak percaya anda boleh mendapat duit sebegitu kan? Yang sebenarnya, tidak. Anda tidak akan kaya, tetapi mungkin nama di dalam email itu yang akan kaya. :p

Antara bukti yang saya kaji sendiri menunjukkan email itu (dan email-email lain yang seangkatan) adalah palsu (atau scam atau hoax atau tidak betul) seperti berikut:

1. Tiada pun berita tentang hal itu (seperti dinyatakan di dalam email) dan email berkenaan bertarikh dari tahun 2005 lagi.

2. Email tersebut tersenarai sebagai email palsu. Rujukan :
Doshelp.com/scamfraud
scambuster.org

3. Tiada javascript atau script-script tracking yang lain yang boleh digunakan untuk tracking dalam email tersebut untuk menunjukkan anda telah forward berapa ramai.

4. Jika benar boleh microsoft dan aol begitu rajin tracking email tersebut menggunakan html, anda mungkin tidak akan dibayar semudah itu. Semudah satu klik untuk forward 40+ orang, dan angka akan bercambah sehingga berbilion ringgit. Banyaknya duit. Even iklan di blog saya pun cuma rm0.25 untuk satu klik.

5. Adakah anda akan mendapat berbilion-bilion ringgit tanpa memasukkan no akaun anda sekalipun?

Well, anda boleh fikirkan sendiri betul?🙂 Ok, berhati-hati di internet ini. Jangan mudah tertipu.

Tip: Buat sedikit ‘Google-searching’ jika anda musykil dengan sesuatu perkara.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: