Semua tentang Feedcount Chicklet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Feedcount Chicklet

Sebelum ini saya ada post tentang bagaimana melihat feedcount sebenar sesuatu website. Kali ini saya akan membicarakan tentang pelbagai trik dan tip yang lain untuk feedcount chicklet ini.

Sebelum itu, kepada sesiapa yang masih baru di dunia blog, anda boleh mendaftar di www.feedburner.com, dan ‘burn’kan feed anda di situ.

1.0 Cara mendaftar feedburner

1. Masuk www.feedburner.com
2. Masukkan URL blog anda. Feedburner akan mengesan feed yang terdapat di blog anda secara automatik.
3. Pilih feed sama ada atom atau rss. Saya sarankan rss. Kemudian klik Next.
4. Masukkan butiran peribadi dan ikut arahan seterusnya untuk mendaftar di feedburner.com.

2.0 Cara mengaktifkan feedcount chicklet

1. Setelah anda login ke akaun feedburner anda, pergi ke Tab Publicize -> Feedcount.
2. Pilih warna untuk feedcount anda. Warna background dan tulisan boleh ditentukan anda sendiri.
3. Anda juga boleh pilih sama ada mahu statik atau animate feedcount tersebut. Animate lebih menarik bagi saya.
4. Klik “Activate”. Anda akan diberi kod HTML untuk di letakkan di blog atau website anda.
5. Salin kod dan letakkan di blog anda.

3.0 Tukar perkataan di feedcount chicklet

Selain daripada perkataan ‘reader’ yang anda dapat lihat (seperti blog saya ini), anda juga boleh mengubah kepada perkataan yang anda suka.
Contohnya perkataan ‘pembaca’ seperti ini :

Anda cuma perlu menambah coding HTML ‘&label=pembaca’ di coding asal.


Perkataan lain juga boleh diolah seperti :
Rockerz @
Jiwang @
Setiawan @
K Readers @

4.0 Animasi berulang lebih daripada sekali.

Jika anda memilih untuk mengaktifkan feedcount jenis animate di ‘Cara mengaktifkan feedcount chicklet’ di atas, anda boleh melakukan animasi lebih daripada sekali. Cuma ubah angka di ‘anim=1’ kepada ‘anim=10’ atau apa-apa nombor yang anda suka. Contohnya:

Contoh koding :

Majulah Blog Untuk Ilmu.🙂

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: