Pengasas Hotmail berkahwin di Langkawi

Sumber : Berita Harian

NEW DELHI: Pengasas Hotmail, Sabeer Bhatia (gambar), akan melangsungkan perkahwinannya di Langkawi, bulan depan.

Sabeer, 40, yang dilahirkan di India, memilih tempat peranginan Taj Rebak Marina Resort, Langkawi, sebagai lokasi majlis perkahwinan beliau dengan Tania Sharma pada 9 Mac ini.

Sabeer bertunang dengan Tania, ahli perniagaan dari Mumbai, Disember lalu. Tania adalah pewaris Kumpulan Baidyanath, sebuah pengeluar terbesar ubat-ubatan Ayurvedik.
“Kami mahukan pulau yang eksklusif untuk majlis ini, Sabeer mulanya merancang mengadakannya di Hawaii, tapi ia agak jauh. Kami juga ada menimbangkan kemungkinan mengadakan di Phuket atau Koh Samui (Thailand), tapi akhirnya kami memilih Langkawi,” kata RK Sharma, bakal bapa mentua Sabeer, di sini, semalam.

Sabeer menjadi jutawan sekelip mata selepas menjual perkhidmatan emel webnya kepada Microsoft. Kira-kira 270 jemputan, termasuk tokoh penting India seperti Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel dijangka menghadiri majlis itu. – Bernama

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: