Semak status pengundi anda online

Assalamualaikum,

Sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi :

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505
Anda boleh memeriksa status anda sebagai pengundi secara online dengan melayari laman web : http://www.spr.gov.my

Semak status pengundi anda. (Klik untuk besarkan)


Masukkan No kad pengenalan anda, dan anda akan diberi maklumat seperti di atas. Kawasan Parlimen tempat akan anda undi, negeri, pusat undi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi akan dipaparkan.

Bagi sesiapa yang tiada internet, anda boleh semak status di talian Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-88856600 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda cuma perlu menyatakan kad pengenalan anda sahaja.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda.🙂

2 comments so far

  1. alin on

    ala…alin 2 kali isi borang daftar pemilih tp name xde dlm sistem pn..die kate..isk..mencik tol..

    dah berkobar2 nk ngundi ni…xdpt la nmpk nye…AFUNDi utk AF je lannt..hahahaaa

  2. DeKaN on

    Lorr.. ciannye.. daftar lambat kot. Kena daftar ag la camni.. ish2.

    Af pun Af la.. hikhik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: