‘Show Hidden Files and Folder’ rosak atau error

“Show Hidden Files and Folder”

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut.

Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)

Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada ‘checkedValue’. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci ‘CheckedValue’ dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula ‘Show Hidden Files and Folders’. Sepatutnya dah ok.

Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya

1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly’s corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.

Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.
Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq.🙂

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: