Cari-cari Web Hosting yang menarik

NS Lookup

Hai semua,

Malam semalam saya menghabiskan masa mencari webhosting yang best untuk weblog mywindowsxp.info nanti. Kalau boleh server Malaysialah. Ketika mencari dan mencari di Google search : ‘Malaysia Webhosting’, saya mendapat satu idea menarik. Apa kata kita tengok website orang lain pakai webhosting apa?

Begini caranya : Menggunakan servis Name Server Lookup di internet.
1. Cari di Google.com perkataan berikut : NS Lookup
2. Pilih satu servis. Saya memilih network-tools.com.
3. Taipkan nama weblog atau website dan lihat nameserver tersebut.
4. Search di internet webhosting tersebut untuk maklumat lanjut feature atau tawaran pakej mereka.

Antara yang saya lihat ialah :
1. cypherhackz.net menggunakan serverfreak.biz
2. bijakkomputer.com menggunakan internet-webhosting.com
3. hongkiat.com dan saifulislam.com menggunakan slicehost.net
4. saifulsham.com menggunakan easynet-interactive.com
5. taszara.com menggunakan 000webhost.com (server free.. menarik.)
dan beberapa website lain lagi.

Webhosting masing-masing mempunyai tawaran menarik tersendiri. Ada juga webhosting yang telah men’sponsor’ website tertentu di atas yang bertrafik tinggi. Bestnya.

Selepas fikir-fikir, bagi saya yang masih baru ini, mungkin saya akan mengambil server di Mercumaya.net sahaja kerana tawarannya saiz yang agak besar 5Gb (kalau tidak silap) dengan harga yang tidak mahal sangat (rm68/tahun). Tengoklah macam mana nanti.

OK.🙂

3 comments so far

  1. syamsulariff.com on

    dah beli hosting blm? pakai le serverfreak😀 huhu./.

  2. DeKaN on

    Lom.. Hehe.. Tula semalam tgk vangardx tu pakai serverfreak gak. Ramainye pakai serverfreak. Bunyi macam menarik.😛

  3. lutfee on

    Sebelum beli tu kena tanya2 org lain dulu… mana yg bagus tapi berpatutan kan…
    saya dah 2 hosting beli dgn internet-webhosting.com.
    Rasa nak cuba hosting lain plak lah next project nih…. bukan xbagus cuma nak tukar angin jer..
    hosting ape best yerk…
    takde yang nak sponsor ker…😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: