Archive for the ‘Permainan Komputer’ Category

Muat turun buku cheat code permainan komputer


Untuk semua pemain permainan komputer (gamers),

atau adik anda seorang penggemar permainan komputer, terdapat satu perisian di internet yang dinamakan CheatBook. Mungkin anda akan memerlukan ini selain crack dan trainer yang selalu anda gunakan itu. Perisian ini mengandungi 1,000,000,001 kod tipu (cheat code) untuk perminan komputer anda. Platform game tidak terhad untuk komputer sahaja, malah termasuk Walkthroughs, Playstation, Playstation 2, Playstation 3, Sega, Nintendo 64, Nintendo DS, DVD, Gameboy Advance, Gameboy Color, N-Gage, Nintendo DS, Xbox, XBox 360, Gamecube, Dreamcast, Super Nintendo, Wii, Sony PSP. Dengan memuat turun perisian tersebut, anda akan lebih mudah merujuk cheat code permainan itu secara offline. Berikut adalah screenshot bagi perisian tersebut.

Isu Januari 2008

Isu 2008 – Klik untuk gambar penuh.

Anda boleh muat turun perisian Cheatbook di sini yang mengandungi kod sehingga bulan Februari 2007.

Untuk update setiap bulan seterusnya sehingga bulan ini, anda boleh ke link sini untuk memuat turun update. Pilih Download -> Klik More Info pada CheatBook -> Pilih Isu yang anda mahu muat turun.

Selamat berhibur.

7 Permainan Video Menarik Bulan Ini (Nov 2007)

Salam hormat semua,

Pada tiap2 bulan semestinya terdapat perminan-permainan komputer yang mantap, penuh aksi, mengasyikkan dan tidak kurang yang comel-comel keluar dipasaran. Pada bulan ini, berikut adalah 7 permainan video komputer yang menarik:

Permainan Video

Sinopsis

Genre

1.

Crysis

Crysis secara visualnya mendebarkan, selain dipadatkan dengan cara permaina yang menguji minda dan menggerunkan, Crysis juga ialah antara permainan menembak yang terbaik pernah dibangunkan.

Sci-Fi First-Person Shooter

2.

Need For Speed Pro Street

Reka dan ubahsuai kereta anda semahunya ke arah kesempurnaan, dan tunjukkan kehebatannya di jalanraya dengan kelajuan tanpa batasan di seluruh dunia.

GT / Street Racing

3.

Call of Duty 4

Pemain perseorangan (single player) campaign akan berakhir dengan sekelipa mata sahaja, namun kualiti yang tinggi daripada permainan campaign itu dan juga kehebatan permainan multiplayer menjadikan Call of Duty 4 satu pakej yang akan berpuas hati.

Modern First-Person Shooter

4.

Gears of War

Versi PC untuk Gears of War adalah sama seperti versi 360, dan juga terdapat beberapa tambahan yang mengagumkan.

Sci-Fi Shooter

5.

Sim City Societies

SimCity kembali dengan fokus kepada perbezaan “tenaga social” yang bangunan boleh hasilkan, dan bagaimna tenaga ini membentuk msyarakat bandar yang unik.

Modern City-Building

6.

Final Fantasy XI: Wings of the Goddess

Mengembara kembali dengan dunia Vana’diel dalam expansion Final Fantasy XI ini dimana ia mempersembahkan misteri yang baru, kerajaan baru, dan lain-lain lagi.

Fantasy Online Role-Playing

7.

Unreal Tournament 3

Unreal Tournament 3 adalah salah satu daripada permainan epik yang popular, terkenal dengan ‘shooting’nya dalam siri-siri sains fiksyen.

Sci-Fi First-Person Shooter