Archive for the ‘Virus’ Category

‘Show Hidden Files and Folder’ rosak atau error

“Show Hidden Files and Folder”

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut.

Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)

Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada ‘checkedValue’. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci ‘CheckedValue’ dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula ‘Show Hidden Files and Folders’. Sepatutnya dah ok.

Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya

1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly’s corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.

Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.

Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq. 🙂

Komputer terkena malware storageprotector.com

Malware yang menyerang komputer saya

Assalamualaikum,

Maaf pembaca sekalian kerana tidak sempat kemaskini entri sejak akhir-akhir ini. Ada sedikit masalah yang saya hadapi di sini. Yang terkompleks sekali mungkin disebabkan satu malicious ware (skrip yang jahat) yang menyerang komputer saya baru-baru ini.

Malware atau spyware ini mengeluarkan satu arahan palsu di taskbar saya seperti gambar di atas. Selain daripada itu, ia juga mengeluarkan ikon Windows Update di desktop saya yang jika diklik akan membawa saya ke laman web storageprotector.com.

Pada laman web tersebut, terdapat kononnya perisian untuk memulihkan virus itu. Jangan percaya, ini semua palsu belaka. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian jangan sesekali install perisian tersebut. 🙂

Antara simptom yang dihadapi oleh komputer saya sekarang ialah :

1. Ikon bubble amaran di taskbar sering muncul (“A Critical error could occur”)
2. Komputer saya menjadi lembab (slow).
3. Processing CPU di Task Manager saya adalah 100% pada ketika tertentu.
4. Munculnya proses baru di task manager iaitu ‘windows’ (huruf kecil).

Fuh.. agak letih nak membasmi malware atau spyware tersebut. Macam kurang efektif pula. Saya dahulu pernah kena sebegini, tetapi dengan mudahnya menggunakan perisian smitrem. Sekarang macam tidak boleh pula.

Jadi, kalau worst comes to worst, mungkin terpaksa format dahulu windows xp saya itu. 😦 Ok. Siapa ada jalan penyelesaian boleh juga beritahu saya. BTW, Hijackthis tidak jumpa proses malware itu.

Sekarang sedang menggunakan uBuntu untuk masuk internet. Hehe.. Sekian.