Archive for the ‘Email’ Category

Email palsu (hoax) – AOL dan Microsoft bergabung

Hoax – Bill gate is sharing his fortune. (klik untuk besarkan)

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya kerap mendapat email forward yang mempunyai kandungan yang sama seperti di atas. Antara kandungan tersebut menyatakan :

“Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will regret later. Microsoft and AOL are now the largest Inter…

Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and … “

Mula-mula nampak macam hebat. Tapi mesti anda tidak percaya anda boleh mendapat duit sebegitu kan? Yang sebenarnya, tidak. Anda tidak akan kaya, tetapi mungkin nama di dalam email itu yang akan kaya. :p

Antara bukti yang saya kaji sendiri menunjukkan email itu (dan email-email lain yang seangkatan) adalah palsu (atau scam atau hoax atau tidak betul) seperti berikut:

1. Tiada pun berita tentang hal itu (seperti dinyatakan di dalam email) dan email berkenaan bertarikh dari tahun 2005 lagi.

2. Email tersebut tersenarai sebagai email palsu. Rujukan :
Doshelp.com/scamfraud
scambuster.org

3. Tiada javascript atau script-script tracking yang lain yang boleh digunakan untuk tracking dalam email tersebut untuk menunjukkan anda telah forward berapa ramai.

4. Jika benar boleh microsoft dan aol begitu rajin tracking email tersebut menggunakan html, anda mungkin tidak akan dibayar semudah itu. Semudah satu klik untuk forward 40+ orang, dan angka akan bercambah sehingga berbilion ringgit. Banyaknya duit. Even iklan di blog saya pun cuma rm0.25 untuk satu klik.

5. Adakah anda akan mendapat berbilion-bilion ringgit tanpa memasukkan no akaun anda sekalipun?

Well, anda boleh fikirkan sendiri betul? 🙂 Ok, berhati-hati di internet ini. Jangan mudah tertipu.

Tip: Buat sedikit ‘Google-searching’ jika anda musykil dengan sesuatu perkara.

Cara nak melanggan (subscribe) artikel di sini melalui email

Menggunakan feedburner, anda boleh melanggan artikel ini dan membaca secara terus di email anda. Kepada blogger yang masih baru, cara untuk membuat kotak langganan tersebut terdapat di feedburner.com -> tab Publicize -> Email Subscribtion.

Untuk pembaca sekalian, jika terdapat kotak langganan di mana-mana blog yang menarik bagi anda, anda boleh melanggan terus artikel ke email anda. Mungkin ada di antara anda sudah memasukkan email, tetapi belum mengaktifkan pengesahan untuk langganan itu.

Berikut adalah cara untuk melanggan artikel di sini dan mana-mana blog yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

Langkah 1 : Masukkan email anda di kotak Subscribe
Jika terdapat kotak melanggan melalui email oleh feedburner, sila masukkan email anda di situ. Satu popup akan keluar untuk memberitahu anda untuk mengaktifkannya melalui email anda.

Langkah 2 : Periksa email anda
Satu email pengesahan akan dihantar ke email anda. Yang saya pasti, tajuk Subject pada email itu adalah nama blog tersebut. Manakala sender adalah emailenfuengo.net. Baca email tersebut.

Langkah 3 : Klik pada link yng diberi.
Terdapat link untuk pengesahan didalam blog itu. Klik pada alamat tersebut untuk teruskan pengesahan. Anda juga boleh memilih untuk menyalin dan menampal alamat url tersebut di browser anda sebagai alternatif lain.

Langkah 4 : Selesai.
Pada hari-hari berikutnya, anda akan menerim email daripada blog tersebut di mailbox anda jika terdapat sebarang pos. 🙂

Sekian. Terima kasih.