Archive for the ‘Website Menarik’ Category

Penganggar PageRank – Lihat PR akan datang

Assalamualaikum,

Kepada para blogger dan webmaster semua, berapakah anggaran untuk PR website anda untuk circulation yang akan datang? Jika anda ingin melihatnya, anda boleh mencuba di PageRank Prediction di website iwebtool.com ini. Mungkin betul dan mungkin juga tidak, ia cuma tilikan sahaja dan kebarangkalian betul turut sama diberi dalam peratusan.

PR2 untuk http://www.mywindowsxp.info (Klik untuk besarkan)

Untuk website http://www.mywindowsxp.info ini, tilikan website tersebut menunjukkan ia mendapat cuma PR2 sahaja. Huhu.. Tidak mengapalah, mendaki sedikit demi sedikit. Jika dahulu mywindowsxp.blogspot mendapat PR6 walaupun masih baru. Amat terkejut juga saya mendapat berita itu. Terima kasih kepada Fauzi kerana memberitahu, dan sekarang Cypherhackz dianggar akan mendapat PR6 kalau tidak silap. Tahniah!

Pembaca sekalian, untuk pengetahuan yang masih tidak tahu, saya masih menggunakan hosting di blogger.com. Cuma domain sahaja saya redirect ke www.mywindowsxp.info. Anda juga boleh mencubanya dengan membaca artikel saya tersebut.

Dulu-dulu ingat kononnya hendak komersil la. Hehe. Tapi blogger.com pun ok apa untuk weblog. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang, saya akan terus menggunakan domain .info ini (mywindowsxp.com ngan mywindowsxp.net dah kena ambil.. huhu..).

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana masih setia hingga hari ini.. 🙂

Senarai harga perkakasan PC terkini setiap bulan

Pembaca sekalian,

Kadangkala ada sahaja bahagian PC yang rosak pada waktu yang tidak dijangka. Pada waktu itu, harga untuk perkasasan tersebut, contohnya, pendrive atau RAM telah berubah. Anda yang tidak sempat mengikuti perkembangan harga PC semasa mesti mahu membuat perbandingan harga terlebih dahulu supaya mudah untuk bajet anda dan tidak tertipu.

Untuk mendapatkan senarai harga perkakasan PC bagi beberapa syarikat penjual tertentu, anda boleh ke laman web hardwarezone.com ini. Perlu diingatkan harga barang adalah berlainan bagi setiap tempat di Malaysia, dan harga di sini adalah sekadar panduan sahaja. Taukeh kedai di Ipoh akan berkata, “Tarak untung oo harga itu sama macam Johor..” Haha..

Berikut ialah link untuk senarai harga pada 1 Feb 2008:
All It HyperMarket Sdn Bhd
Prestige IT Base
PC ZONE Computer Trading (M) SDN BHD

Untuk senarai yang lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan di sini. Sebarang transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia ya. :p

Selamat membeli belah.