Archive for the ‘Zon Maklumat’ Category

Semak status pengundi anda online

Assalamualaikum,

Sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi :

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505
Anda boleh memeriksa status anda sebagai pengundi secara online dengan melayari laman web : http://www.spr.gov.my

Semak status pengundi anda. (Klik untuk besarkan)


Masukkan No kad pengenalan anda, dan anda akan diberi maklumat seperti di atas. Kawasan Parlimen tempat akan anda undi, negeri, pusat undi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi akan dipaparkan.

Bagi sesiapa yang tiada internet, anda boleh semak status di talian Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-88856600 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda cuma perlu menyatakan kad pengenalan anda sahaja.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda. 🙂

Wireless Internet UTM digodam (hack)

Selamat pagi,

Awal pagi ini, WiFi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, satu servis internet percuma untuk pelajar dan staff di dalam kampus ini, masih lagi tidak berfungsi.

Satu perkara mengejutkan semua pengguna WiFi UTM semalam, apabila page akses yang sepatutnya mengandungi log-in untuk nama pengguna dan kata laluan pengguna telah diganti dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Page Log-in yang telah digodam. (Klik untuk besarkan)

Perkara tersebut berlaku bermula pada petang semalam di mana wireless connection ke WiFi UTM menunjukkan “Limited or no connectivity.” Antara pukul 6.30 hingga 8.15 malam semalam frontpage untuk log-in telah diganti dengan page seperti di atas.

Godaman hackerz tersebut sekurang-kurangnya berjaya menguji tahap sekuriti Wireless UTM di kampus Skudai ini. Terdapat beberapa kolej seperti Kolej 16, Kolej 17 dan kolej-kolej di lingkaran luar yang tidak dapat menerima signal WiFi ini sepenuhnya dan terpaksa menggunakan servis internet swasta. Walau bagaimanapun, CICT UTM mempunyai perancangan pada masa akan datang untuk membolehkan setiap orang pelajar mengakses internet dari bilik mereka sendiri.

Sekian.